Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, June 10, 2017

Skandal & Alasan Basi Guan Eng DAP

Lim Guan Eng DAP dengan tanpa malunya masih mahu menggunakan isu kitar semula walau pun telah dijawab sebelum ini.


Apabila isu tanah di Pulau Pinang menular, Guan Eng akan melenting dan setiap kali itu juga beliau mengeluarkan hujah basi beliau.

Untuk menghalalkan tindakan sendiri, Guan Eng akan ulang tayang dakwaan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang ketika dibawah BN telah menjual sekurang-kurangnya 3,661 ekar tanah dengan nilai sebanyak RM1.058 bilion sedangkan Kerajaan DAP negeri pula 'hanya menjual 103.1 ekar' tetapi pulangan yang lebih tinggi.

Hello Guan Eng ......... kesemua tanah yang kamu nyatakan itu adalah perjanjian penambakan tanah kecuali tanah di Batu Kawan, Tak faham-faham lagi atau buat-buat bodoh tak faham?

Sungguh memalukan apabila ahli politik yang memegang 26 jawatan dalam negeri Pulau Pinang ini tidak dapat membezakan perkara penting ini.

Di sini penulis sertakan jawapan kepada tuduhan Guan Eng itu:

1. 980 ekar tanah di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang)
a. Perjanjian ditandatangani pada tahun 1990.
b. Ia adalah projek penambakan yang telah dianugerahkan 15 tahun yang lalu dan harga RM1 adalah hak untuk menuntut semula tanah yang ditambak.
c. Pemaju masih perlu membayar premium tanah serta memulangkan semula 10% tanah yang diTAMBAK kepada kerajaan negeri secara percuma.
2. 325 ekar tanah di Jelutong Expressway
a. Perjanjian ini ditandatangani pada tahun 1997 dan pemaju telah diberi hak untuk menuntut semula 325 ekar tanah sebagai pertukaran untuk membina Lebuhraya Jelutong dengan kos anggaran RM300 juta dengan bayaran RM25.4 juta.
b. Pada asalnya bukan tanah tetapi diTAMBAK oleh pemaju.
3. 750 ekar tanah di Batu Kawan
a. Perjanjian  ditandatangani pada tahun 2004 bagi memudahkan urusan pemindahan Penang Turf Club ke Batu Kawan. Pemaju sepatutnya membina pusat ekuestrian baru tanpa sebarang kos bagi pihak Penang Turf Club tetapi projek tersebut dibatalkan.

b. Parcel 1, 2A, 2B 3A, 3B yang berukuran 450 ekar tanah dan diperuntukkan untuk pembangunan industri dan bukan untuk pembangunan kediaman atau komersial yang menguntungkan.
c. Parcel 1 dan 2A (150 ekar tanah) telah ditandatangani pada 16 Januari 2004 manakala Parcel 2B, 3A dan 3B (300 ekar tanah) telah ditandatangani oleh Lim Guan Eng sendiri pada 5 Apr 2011 dengan harga RM 3 sekaki persegi.
d. Hanya 150 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan BN pada tahun 2004 dan dijual pada harga RM3.24 sekaki persegi. 300 ekar tanah telah ditandatangani oleh kerajaan DAP pada tahun 2011.
e. Nilai pasaran bagi tanah di Batu Kawan pada tahun 2011 adalah hanya RM15 sekaki persegi dan kini nilainya lebih tinggi selepas pembukaan jambatan kedua Pulau Pinang. Tanah dijual pada tahun 2004 pada harga RM3.24 sekaki persegi sudah pasti lebih murah jika dibandingkan dengan hari ini.
4. 1,606 ekar tanah di Butterworth.
a. Perjanjian adalah pada tahun 1997  untuk TAMBAK tanah.
b. Pemaju diberi hak untuk menambak tanah dengan 900 ekar tanah diperuntukkan untuk kerja-kerja memperluaskan Terminal Kontena Butterworth Utara serta apa-apa kegunaan yang berkaitan dengan pelabuhan dan zon penampan untuk kegunaan pelabuhan pada masa hadapan.
c. 706 ekar tanah diperuntukkan untuk pembangunan oleh firma tersebut dengan kira-kira 200 ekar tanah untuk infrastruktur awam dan kawasan lapang. Dan ini perlu diserahkan kembali kepada kerajaan negeri.
d. Firma itu juga perlu membina 7 kuarters kerajaan di Bertam dalam masa 3 tahun. Ini bermakna firma berkenaan hanya mempunyai kira-kira 500 ekar tanah untuk dibangunkan dengan selebihnya diserahkan semula kepada kerajaan negeri.
e. Pemegang konsesi juga membiayai lebuh raya 5 kilometer daripada Butterworth ke Kulim Expressway bermula dari Butterworth. Sebagai balasan, syarikat tersebut dibenarkan mengutip tol di plaza tol Sungai Nyior.
Jawapan yang diberikan pada tahun 2014 ini tidak dinafikan oleh Lim Guan Eng DAP sehingga ke hari ini.

Kepada Guan Eng, cukup-cukuplah mengelirukan rakyat dan akuilah kamu telah menjual tanah milik kerajaan negeri untuk menguruskan perbelanjaan negeri.

Tambahan pula, mengurus negeri dengan menjual tanah milik negeri bukan sistem ekonomi yang cekap dan tidak dapat bertahan lama.

Hentikan juga menuding jari kepada kerajaan BN yang lepas dan alasan kitar semula yang basi dan telah dijawab.

Dan apa sudah jadi dengan RM305 juta wang rakyat yang kononnya diperuntukkan untuk buat kajian atas kertas untuk terowong dan laluan?



SHARE ARTICLE :

10 comments:

  1. damnnn u gone end DAPig !!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pembohong DAPig ni & dinasti Lim ni. Patut tolak lama dah.

      Delete
  2. Memang cara dap putar belitkan nombor2 ni sebab depa tau rakyat malas nak baca & malas nak tau betul ke tak. Pasal tu dap boleh perbodohkan Melayu macam tu ja. Sebab Melayu malas. Macam artikel ni, berapa la yg ambik tau kelentong dap & guan eng ni. Tak dak sebab rakyat malas baca.

    ReplyDelete
  3. MANA JING RBA DAPigs ?????

    ReplyDelete
  4. Jing RBA dah tido'...dah kena Lee wat....

    ReplyDelete
  5. LGE ni ketua menteri yang korup. Jual tanah rakyat untuk kekayaan peribadi. Rumah dia beli di jalan pinhorn tu hasil rasuah. Apa mau cakap lagi. Tak lama lagi rumah tu akan dirampas kerajaan pusat. Duduk sungai Buloh la dia nanti ganti tempat Anwar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dok Sungai Buloh...dok bawah Jambatan P.Pinang....

      Delete
  6. tiap tahun...beribu-ribu anak melayu pi cari makan kat peneng...negeri lain...hampas....

    ReplyDelete
  7. Steady la jing RBA DAPig 1:08

    Walau pun ko kelentong tapi ko berusaha jugak utk komen. Syabas!

    Nahh .... ambik tulang babi satu & main jauh2.

    ReplyDelete
  8. Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja.

    Beliau juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS. Segalanya ini dinyatakan sebagai peringatan kepada orang Melayu. Beliau juga mengaku bahawa :

    1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.

    2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.

    3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang mejoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.

    4. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.

    Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.