Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Tuesday, June 06, 2017

RM9.5 Juta - Anwar Menangguk Di Air Yang Keruh

Kita hairan kerana masih ada puak-puak dalam negara Malaysia ini yang masih mahu percaya dengan laporan blog Sarawak Report (SR) yang terkenal dengan pembohongan dan putar belitnya.


Kita tidak terkejut jika mereka itu adalah puak pembangkang kerana mereka ini ibarat lalat yang akan mengerumuni apa sahaja sampah yang boleh dijadikan bahan politik murahan mereka. Dan SR adalah salah satu sumber bertahap sampah yang akan digunakan untuk cubaan memburuk-burukkan PM Najib Razak.

SR juga telah memfitnah beliau dan isterinya, DS Rosmah Mansor.



Dan sebelum ini, sebuah firma keselamatan siber antarabangsa, Protection Group International (PGI) telah membuat siasatan yang mendedahkan bukti jelas kecurian sistematik data sulit syarikat oleh Xavier Andre Justo sebelum meninggalkan PetroSaudi. Analisis itu menunjukkan bahawa data yang diguna oleh Sarawak Report telah diubah selepas ia dicuri dari PetroSaudi.

"Semua siasatan kami telah dijalankan setakat ini menjuruskan saya untuk mengatakan bahawa, dari kedua-dua perspektif forensik dan pakar, maklumat [berkaitan dengan isu ini] yang disiarkan di Internet dan kepada mereka yang ingin membuat kesimpulan daripadanya, ia boleh dianggap tidak selamat dan tidak boleh dipercayai"
http://novandri.blogspot.com/2015/07/1mdb-sarawak-report-bohong-lagi-xavier.html

http://novandri.blogspot.com/2015/06/kaitan-di-antara-xavier-justo-ex.html 
http://novandri.blogspot.com/2015/06/1mdb-portal-pro-pembangkang-kantoi.html
Realitinya, laporan Sarawak Report tidak boleh dipercayai lagi.

Begitu juga dengan laporan terbaru Sarawak Report dan diikuti pula dengan sandiwara puak-puak pembangkang dan portal-portal pro-pembangkang yang sangat pantas menggunapakai laporan SR ini. Ada yang sudah buat laporan polis. Malah, Anwar Ibrahim, banduan meliwat itu juga menangguk di air yang keruh.

Dengan hanya menyiarkan 2 gambar MO Excel di bawah, Sarawak Report mendakwa TS Muhammad Shafee Abdullah, peguam kanan yang mengetuai pihak pendakwaan dalam kes liwat Anwar Ibrahim telah menerima RM9.5 juta daripada Perdana Menteri DS Najib Abdul Razak.

Hanya 2 screenshots ini sahaja !



Kononnya, pembayarannya adalah sebanyak 2 kali iatu pada RM4.3 juta didakwa dipindahkan pada 11 Sep 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Feb 2014.

Dan ianya dipercayai bulat-bulat oleh pembangkang dan macai-macainya! Come on ……. Takkanlah puak-puak ini begitu dayus dan begitu rendah IQ nya hingga sanggup percaya kepada ‘bukti’ yang tidak boleh diterima langsung keaslian dan kebenarannya?

Ironinya, akaun AmBank milik Perdana Menteri sudah pun ditutup pada 30 Ogos 2013 sedangkan tarikh pembayaran didakwa pada bulan September 2013 dan Feburuari 2014.

Dalam kes Anwar Ibrahim pula, bukan Shafee Abdullah yang menentukan keputusan akhir kes liwat Anwar-Saiful yang meleret hingga 7 tahun dan ditangguh lebih daripada 60 kali.

Ianya adalah keputusan sebulat suara oleh 5 panel hakim Mahkamah tertinggi negara yang diketuai oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Kita juga perlu ingat bahawa Anwar pada awalnya telah menyenaraikan 13 nama,saksi termasuk isterinya Wan Azizah, pemilik unit kondominium berkenaan, dua pembantu rumah dan seorang profesor, tetapi tiada seorang pun daripada mereka dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah oleh peguam Anwar.

Manakala hujah-hujah hakim-hakim Mahkamah Rayuan bukan semudah kelentong pemimpin-pemimpin pembangkang semasa berceramah tetapi berdasarkan kepada fakta-fakta konkrit, hujah-hujah mahkamah dan bahan rujukan yang sah.

Anda boleh baca analisis pembohongan kes sodomi Anwar : Analisis - 3 Tembelang Besar Kes Sodomi Anwar Didedahkan!



SHARE ARTICLE :

22 comments:

  1. Our PM ke 7 seorang gay dan homoseksual

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa ka ka...dalam mimpi bolehlah....

      Delete
    2. kalau benar2 betul tidak mengapa teta[i jika tidak benar maka tuan bolehlah tanggung dosa fitnah manusia lain hingga kiamat... kalau kerana duit buat begini semakin parahlah .....

      Delete
    3. Apa yang tak benarnya. Dah duduk sungai buluh sebab meliwat. Tak homoseks ke tu.

      Anone

      Delete
  2. Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam usaha terakhirnya untuk memulakan tindakan qazaf ke atas peguam, Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yang didakwa telah menuduh beliau melakukan liwat tanpa mengemukakan empat saksi.

    Panel tiga hakim syarie Mahkamah Ra­yuan Syariah di sini di­­ketuai Datuk Seri Dr. Md Yusup Che Teh yang bersidang bersama-sama Datuk Aidi Mokhtar dan Mukh­yuddin Ibrahim sebulat suara menolak rayuan tersebut atas alasan qazaf hanya membabitkan kesa­lahan zina dan liwat tidak boleh disamakan dengan zina.

    Pada 26 Jun 2015, Anwar melalui isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR telah memfailkan aduan terhadap peguam itu di bahagian penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berikutan kenyataan Muhammad Shafee yang menuduh banduan Penjara Sungai Buloh itu melakukan liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

    Muhammad Shafee didakwa mengeluarkan kenyataan itu tanpa mengemukakan empat saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh se­perti diwajibkan oleh undang-undang dalam program dialog terbuka anjuran Akademi Kepimpinan Kapten Hussein di Kelana Jaya, Petaling Jaya pada 17 Februari 2015.

    Menurut penghakiman setebal 21 muka surat, Hakim Md. Yusup menjelaskan, berbanding Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan), perkataan liwat tidak disebutkan atau ditafsirkan dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 manakala zina pula ditakrifkan sebagai hubungan seks luar nikah antara lelaki dan perempuan.

    Walaupun mahkamah bersetuju dengan hujah bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh yang mengatakan liwat termasuk dalam zina, namun mahkamah terikat dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

    “Bagaimanapun, memandang­kan hari ini semakin banyak perbuatan menuduh orang lain mela­kukan liwat, maka sudah tiba masanya Pemerintah dan Badan Perundangan Negeri meminda Seksyen 36 enakmen itu bagi membolehkan seseorang yang menuduh orang lain melakukan liwat dituduh di Mahkamah Syariah,” katanya.

    Sementara itu, merujuk kepada hujah Anwar yang mendakwa terdapat arahan daripada Ketua Hakim Syarie yang mengarahkan Mahkamah Tinggi Syariah untuk mendengar aduannya berhubung tindakan Muhammad Shafee, mahkamah mendapati perayu gagal mengemukakan atau menunjukkan kewujudan arahan tersebut.

    Anwar juga didapati tidak mematuhi prosedur ketika membuat aduannya memandangkan aduan tersebut sepatutnya dikemukakan terlebih dahulu kepada pegawai penguat kuasa agama yang kemudian akan merujuk kes kepada Hakim Mahkamah Rendah Syariah sebelum aduan dibuat secara bertulis dan lisan kepada hakim itu.

    Jelas Hakim Md. Yusup, perayu bagaimanapun telah membuat aduan tanpa merujuk kepada pegawai penguat kuasa dan terus kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah.

    “Oleh itu, kami bersetuju dengan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah yang telah menolak aduan perayu walaupun alasan penghakiman yang diberikan adalah kurang tepat,” ujarnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penentang hukum islam tapi guna hukum islam utk lepaskan diri..
      Manusia bertopeng apakah ini???

      Delete
  3. Mana cacai Anwar & PKR ?????

    ReplyDelete
  4. Apa yang terjadai kepada parti PAS dahulu drp DAP akan menimpa Parti Madey cap Bunga....Lihat dan Percayalah...Hipokrit diorang ni....

    ReplyDelete
  5. Pembangkang dan sarawak repot berpisah tiada kerana mereka memang sinonim dengan pembohongan dan fitnah.

    ReplyDelete
  6. SR-Sarawak Roket...

    ReplyDelete
  7. pembuntut tegar

    ReplyDelete
  8. WOW ..... CYBERTROPERS PEMBANGKANG DAH MAMPOS KA??? DAH TAK MAMPU NAK TUTUP BANGKAI MASING2 ?? KAKAKAKAKA

    ReplyDelete
  9. dulu admin dh xcident,xsedaq2 lagi ke????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ko pun baru lps xcident,xsedaq2 lagi ke????

      Delete
  10. ASTAGHFIRULLAHALADZIM dahsyat fitnah SR.
    Sekeji2 media. Langsung tiada etika manusia.. gambar diedit menggambarkan kejinya editor SR.

    Sampai mcm tu nak fitnah Najib Rosmah. Kemenangan jenis apa yg diharapkan oleh Pakatan Syaitan jika beginilah cara menjatuhkan UMNO BN?

    Takkan aman negara jika Pakatan Haprak memerintah..pasti akan huru hara.. !!percayalah!

    ReplyDelete
  11. Berapa kah pula jumlah kos guaman Anwar selama bertahun-tahun membela si Nuar dan bayangkan kos dengan berbelas-belas loyar-loyar? Mana dating duit si Nuar membayar? Pasti ada yang bayarkan? Kenyang loyar-loyar DAP dan PKR dalam membela si Nuar peliwat nie.... Ada sapa-sapa tak nak ambil tahu ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tul
      Anwar boleh pakai berbelas2 loyar berok yang bertukar-tukar.
      Rasanya mencecah jutaan ringgit dengan tempoh kes tanggung menangguh yang cukup panjang..

      SIAPA YANG BEKALKAN WANG PADA ANWAR?? APAKAH ADA ARAB GILA SANGGUP MEMBELA PELIIIWATT MEMBERI DERMA IKHLAS??

      ATAU PENAJAAN Yahudi yang pro pada LGBT??

      Delete
    2. Please follow teori..
      Mader tak saman mader tak salah..
      Tokong tak saman tokong tak salah
      Jibo tak saman Jibo salah..
      Spina perancis tak sampai Jibo salah..
      Tokong kena bicara dimahkamah Jibo salah
      BangNon henjut china doll Jibo salah
      BangNon bayar loyar BangNon tak salah
      Jibo bayar loyar Jibo salah
      Asamin servis aiskrim Jibo salah
      40ribu toyol bangla menggundi Jibo salah

      Teori bongok BabiDap...hehe

      Delete
  12. Bersungguh pencacacai kt blog ni mempertahankan penyamun. Lanon ni dulu jugak tk ngaku duit masuk acc dia..kerja menipu.merapu sampai mulut berbuih bercakap ..gigi susun cyber trooper yg malas baca. Suruh pertahanoan dia ..bagi alasan kelaut..org umno psal nk melingkupkan negara cukup lpandai tapi otak macam otak udang...sory la ..korang dh repot tnggu masa jet dh kabut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi yg mengembirakan adalah peliwat dipenjara. Terasa sedikit aman. Ia merupakan fakta bahawa meliwat anak orang itu salah, walaupun bagi yg punya 12 peguam.

      Delete
  13. Islam dah bgtau perkara akhir zaman... fitnah no.1.. org lebih suka dgr fitnah drpd berita benar... liwat pon pnyakit akhir zaman...

    ReplyDelete
  14. Hello,
    Memerlukan pinjaman yang cepat, mudah, selamat dan terjamin?
    Anda berada satu langkah lagi untuk Wang anda!
    pinjaman cepat dan fleksibel!
    Permohonan diterima 24 jam sehari, 7 hari seminggu.
    Ia mengambil masa hanya tiga langkah mudah
    1) Pilih jumlah dan tempoh pinjaman anda
    2) Lengkapkan permohonan anda
    3) Dapatkan wang anda dalam beberapa minit!
    Kami boleh memberi jaminan perkhidmatan kewangan yang terbaik berpengalaman & profesional!
    Mesej ini ditujukan untuk anda!
    Peti masuk saya jika anda berminat
    Jika anda memerlukan pinjaman, sila hubungi kakitangan yang bertanggungjawab untuk pinjaman
    pemprosesan melalui hubungan di bawah
    Whatsapp +13176681073
    atau sila membalas e-mel
    idaghehernadez@gmail.com

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.