Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Saturday, June 03, 2017

Foto Viral : Apakah Yang Bermain Dalam Kepala Muhyiddin?

Foto Muhyiddin Yassin yang duduk semeja dengan Guan Eng DAP semasa satu program telah menjadi perbualan pihak netizen di dalam media sosial.


Penulis cuma tertanya-tanya, apakah yang difikrkan oleh Muhyiddin Yassin apabila berdepan dengan Guan Eng, 'tokong' DAP? Apakah beliau turut memikirkan segala pendedahan beliau sebelum ini tentang parti cauvinis itu dan orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP?

Penulis berkata demikian kerana sejarah telah membuktikan bahawa Muhyiddin Yassin telah berkata bahawa orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja.

Beliau juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS. Segalanya ini dinyatakan sebagai peringatan kepada orang Melayu. Beliau juga mengaku bahawa :
1. Kemenangan DAP di Pulau Pinang serta mendominasi kerajaan pembangkang di Selangor seolah-olah memberikan lesen paling besar kepada PARTI PALING RASIS ini untuk menyerlahkan sikap cauvinis melampau.
2. DAP dengan tanpa segan silu membuat kenyataan demi kenyataan menghina Islam dan orang Melayu. Daripada soal kedudukan Raja-raja Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, segala-galanya cuba dipertikai dan dirobek satu demi satu oleh parti DAP.
3. DAP langsung tidak menghormati institusi Raja-raja Melayu, menghina pegawai-pegawai kerajaan yang mejoritinya berbangsa Melayu, mencerca pasukan keselamatan dengan penghinaan yang keterlaluan mempertikai institusi penguatkuasaan, menjatuhkan wibawa institusi kehakiman dan memperkuda sekalangan orang Melayu dengan tujuan mendapatkan kuasa bagi diri mereka sendiri.
4. DAP tidak pernah melihat apa-apa kebaikan yang ada pada orang Melayu dan Islam. Bagi DAP, walaupun ia mendakwa ia parti demokratik pelbagai kaum, dari dahulu hingga sekarang DAP hanya dipimpin dari keluarga tertentu dalam kelompok tertentu dari kaum tertentu sahaja.
Muhyiddin juga berkata, agenda parti DAP yang sebenar ialah ingin melihat perpecahan di kalangan umat Islam dan melaga-lagakan umat Islam dengan bukan Islam.

Dan sehingga ke hari ini, beliau tidak menarik balik segala kenyataan beliau tentang parti DAP yang PALING RASIS dan Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA..

Muhyiddin juga mengaku bahawa DAP adalah parti totok cauvinis. Lihat video :


Jika merujuk kepada kenyataan Muhyiddin Yassin ini, parti DAP memang jahat dan tidak patuh kepada Perlembagaan Persekutuan.

Malah, sebelum ini penulis juga telah mempersoalkan dasar-dasar songsang parti chauvinis DAP. Realitinya, dasar parti DAP terang- terangan telah menggariskan:
Penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera" dan perlaksanaan kesaksamaan etnik.
Penggantian sistem kuota etnik dengan dasar 'merit dan keperluan'.
Begitu juga dengan Deklarasi Setapak 1967 yang masih lagi terpampang di dalam web rasmi DAP tanpa mereka rasa malu bersalah. Ini secara tidak langsung menunjukkan DAP masih berpegang kepada deklarasi itu. (https://dapmalaysia.org/parti/matlamat/deklarasi-parti/deklarasi-setapak/)
Deklarasi Setapak memperkukuh pandangan DAP bahawa dalam proses membina negara, kesamarataan etnik harus menjadi prinsip paling penting, dan di atas prinsip inilah pengasingan rakyat ke dalam dua kelompok ‘Bumiputera' dan 'bukan Bumiputera' diTENTANG.
Deklarasi DAP ini sangat jelas telah menghina perlembagaan Malaysia yang telah menggariskan kedudukan istimewa Melayu dan Bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak.

Manakala Muhyiddin sepatutnya berpegang kepada prinsip beliau bukannya turut bersekongkol dengan parti cauvinis paling rasisi itu! Insaflah!




SHARE ARTICLE :

13 comments:

  1. Replies
    1. sivarasa mewakili azmin.. bila sultan sound sivarasa takkan azmin diam je.. jwb la min.. takkan diam bangang je.. samada ko sblh sultan or ko sblh sivarasa..

      Delete
  2. MANA CACAI MUYIDIN ???? DAH MAMPOS KA??

    TAKKAN NAK HARAPKAN JING RBA DAPig KOT ??

    ReplyDelete
  3. Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) boleh memilih calon Perdana Menteri yang mewakili parti itu dan pembangkang sekiranya mereka berjaya memenangi majoriti kerusi di Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

    Naib Presiden PKR, Dr Xavier Jayakumar berkata, perkara yang sama juga bakal dilakukan oleh partinya sekiranya mereka berjaya mendapat sokongan majoriti rakyat, justeru isu mengenai Tun Mahathir mahu mempertimbang menjadi calon Perdana Menteri tidak perlu timbul kerana segalanya bakal ditentukan hanya selepas PRU nanti.

    “Kalau Bersatu (PPBM) dapat majoriti kerusi dalam parlimen akan datang, memang dia ada hasrat untuk tentukan siapa jadi Perdana Menteri, kalaulah Bersatu dapat kerusi yang lebih.

    “Tapi kalau Keadilan (PKR) dapat kerusi yang lebih, lepas itu Keadilan yang tentukan dengan DAP dan Amanah siapa akan jadi Perdana Menteri.

    ReplyDelete
  4. GADUH LAGI !!!

    Seorang lagi pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak menolak bahawa kepincangan yang berlaku di dalam parti itu berpunca daripada ketidakpuasan hati Naib Presidennya dalam soal berkaitan jawatan.

    Ketua Penerangannya, Datuk Kamaruddin Mohd Noor mendakwa Datuk Hamidah Osman pernah menyuarakan kekecewaannya berhubung pelantikan jawatan yang tidak menyebelahi pihaknya.

    "Itu agak jelas kerana beliau (Hamidah) menyuarakan hal itu di hadapan Muhyiddin. Namun seperti yang saya katakan, jika kita merasakan orang lain tidak boleh buat lebih baik daripada kita, kita berilah kepercayaan itu kepada orang itu dulu. Jawatan ini tak kekal, ia semua penaja. Kita kena ada kepercayaan kepada pimpinan pusat yang telah buat keputusan melantik sesiapa," katanya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.

    Sebelum ini Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menggesa Hamidah untuk meletakkan jawatan, ekoran mendakwa bekas Ketua Wanita Umno Gopeng itu menjadi punca 1,000 ahli serta pemimpin PPBM di Perak keluar parti baru-baru ini.

    ReplyDelete
  5. Muhyiddin dan lim guan eng duduk semeja bukan atas dasar parti atau sejarah lampau tetapi atas satu prinsip fokus memusnahkan makluk perosak yang lebih teruk dari mereka atas persetujuan dan peningkatan sojongan rakyat yang makin majoriti.

    ReplyDelete
  6. HARAMKAN PARTI DAPig NI !!!!

    ReplyDelete
  7. Dulu lawan kini kawan....Udah-udahlah tu jidin totok...Kena Kincin dek Madey dan Dapig je la gamaknya...

    ReplyDelete
  8. Mideen sedang menelan kahak hijaunya

    ReplyDelete
  9. P.arti
    P.ukimak
    B.eruk
    M.akyeh

    ReplyDelete
  10. P.elacur
    P.olitik
    B.arua
    M.unafiq

    ReplyDelete
  11. Takyah cakap banyak la penyamun buat pru cepat ketua penyamun konfiden ker bole menang. Nyata nya umno dh belah dua stengahnya akan pangkah pembangkang..siapa punya silap umno berpecah pasal korang punya ketua penyamun...nk suruh debat pun takot ada hati nk jadi pahlawan...eeeh penyamun.

    ReplyDelete
  12. Novandri tak perlulah sibuk sangat pasal pakatan harapan. Lebih baik sibukkan diri menanti kehancuran UMNO dek mempunyai presiden yang sangat bodoh tapi berlagak pandai. Menyamun duit negara pun masih buat-buat bodoh walaupun realitinya dia memang bodoh kerana sanggup menjatuhkan parti sendiri demi kepentingan peribadi. Membiarkan pemakan dedak seperti Novandri pun terpaksa buat-buat bodoh dalam isu UMNO tapi lebih sibuk menjaga hal parti orang lain.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.