Follow us on Facebook
Powered by: Internetsmash

Sunday, June 18, 2017

Dalang Di Sebalik Siasatan DOJ

Kita semua sedia maklum dengan permohonan terbaru saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat hanya sekadar ulang tayang tindakan DOJ terhadap 1MDB pada Jun 2016.


Drama pertama pada tahun 2016 telah menyebabkan bekas peguam negara Amerika Syarikat, Loretta Lynch dikritik hebat kerana telah bertindak 'keterlaluan dan melanggar keadilan asasi’.

Lynch dengan secara sengaja telah membayangkan individu-individu yang dikaitkan telah melakukan kesalahan itu menerusi kenyataan tanpa disertai bukti kukuh atau keputusan mahkamah yang sah yang boleh menyokong dakwaannya.

Padahal, untuk perkara itu berlaku, defendan rakyat Malaysia itu harus diadili terlebih dahulu. Tetapi mereka tidak pun diadili.
"Sebagai pegawai tertinggi undang-undang di negaranya, tindakan Loretta Lynch baru-baru ini adalah menafikan perbicaraan yang adil atau apa juga perbicaraan kepada responden. Loretta sendiri pada masa sama telah menjadi hakim, juri dan pelaksana hukuman".
Malah, tiada langsung bukti dilampirkan terhadap segala tuduhan tersebut.

Apabila drama tahun 2016 ini tidak berhasil untuk membohongi rakyat dan mengganggu gugat Datuk Seri Najib Razak, timbul pula drama DOJ yang kedua tetapi ditambah dengan perasa yang lebih sensasi, dengan harapan rakyat termakan dengan drama kedua ini.

Dan memang benar. Portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini menggunakan berita ini dan sanggup menerbitkan begitu banyak berita yang sama dalam sehari tentang drama kedua DOJ ini. Oleh kerana terlalu ghairah memainkan isu DOJ ini, portal pro-pembangkang ini telah memfitnah Datuk Seri Rosmah di dalam tajuk beritanya.

Portal itu telah menukar tajuk berita mereka kemungkinan besar takut disaman.


Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa portal pro-pembangkang itu sendiri mengaku bahawa tiada bukti yang mengaitkan MO1 dengan Datuk Seri Najib Razak.

Lebih memualkan apabila Muhyiddin Yassin pun ambil kesempatan tentang drama kedua DOJ dengan mengeluarkan kenyataan yang sangat lemah dan sekadar tangkap muat.

Realitinya, kita amat faham dengan tindakan Muhyiddin dan puak pembangkang mengekploitasikan drama kedua DOJ. Ianya kerana puak pembangkang berdepan dengan permasalahan yang sangat besar, tiada persefahaman dan lintang pukang. PPBM berdepan dengan krisis yang mempersoalkan kekayaan melampau anak-anak Dr Mahathir Mohamad dan skandal isteri orang yang melibatkan Muhyiddin.

DAP pula berdepan dengan dinasti kronisme kuku besi melampau Lim Kit Siang dan Guan Eng. Bukan sahaja parti cauvinis itu penuh dengan korupsi, Guan Eng berdepan dengan kes mahkamah yang melibatkan korupsi dan salah guna kuasa.

Malah, kerajaan DAP negeri semakin goyah denga pelbagai isu yang merobek integriti dan ketidakmampuan Guan Eng untuk mentadbir negeri dengan cekap dan transperen. DAP hanya pandai menuding jari kepada parti lawan dan kerajaan sebelum mereka, padahal mereka telah mentadbir negeri Pulau Pinang lebih daripada 8 tahun.

Kerana itu, puak pembangkang dan Muhyiddin Yassin cuba menangguk di air keruh *memfitnah* secara liar terhadap Najib Razak, Rosmah Mansor dan 1MDB ekoran permohonan terbaru saman sivil DOJ seperti yang dijelaskan oleh Dato' Mohd Puad Zarkashi, Ketua Pengarah JASA merangkap ahli majlis tertinggi UMNO.

Realitinya, saman sivil DOJ tidak membuktikan mana mana pihak telah melakukan jenayah, sama seperti pendirian Peguam Negara Malaysia. Dato' Mohd Puad Zarkarshi juga menjelaskan,
Saman sivil difailkan berdasarkan aduan awam dan seperti kenyataan DOJ sendiri, ia tidak membuktikan bahawa sebarang dakwaan yang dibuat dalam aduan ini benar melainkan selepas mahkamah AS memutuskan ia adalah benar.
Jika DOJ mempunyai bukti prima facie mengenai setiap dakwaan, sudah tentu DOJ akan membuat pendakwaan langsung terhadap penjenayah yang terlibat dan merampas aset-aset tersebut di bawah Akta Penggubahan Wang Haram AS dan undang-undang lain yang berkaitan.
Dalam saman sivil DOJ yang terbaru, 1MDB, Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah bukan pihak yang tertuduh dan bukan defendan.
Dalam saman sivil ini pihak yang dinamakan sebagai defendan adalah Viceroy Hotel Group manakala pihak yang berkemungkinan terjejas dengan saman ini seperti yang tertulis dalam dokumen 251 mukasurat DOJ adalah Low Taek Szen; JW Hospitality (VHG Intl) Ltd.; FFP (Cayman) Ltd.; Mubadala Development Company PJSC; Viceroy Hotel Group; dan Jynwell Capital Ltd.
Seperti selepas pengumuman pemfailan saman sivil kali pertama dulu, Muhyiddin sekali lagi telah membuat tuduhan melulu terhadap DS Najib, sedangkan saman sivil ini baru sahaja diperingkat fail. Belum ada sebarang perbicaraan dibuat dan sudah tentu bila belum ada perbicaraan, maka tiada pihak dibuktikan bersalah lagi oleh Mahkamah AS.
1MDB telah menegaskan berulang kali bahawa wang syarikat tersebut tidak dicuri.
Dapatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) juga mendapati tiada wang 1MDB yang dicuri.
Malah persetujuan penyelesaian luar mahkamah timbang tara bersama syarikat IPIC dari Abu Dhabi juga membuktikan bahawa wang 1MDB telah digunakan untuk urusan perniagaan.
Tidak perlulah Muhyiddin mengulangi skrip lapuk yang telah berulang kali gagal membuktikan sebarang salah laku. 1MDB hari ini telah melalui proses rasionalisasi dengan baik dan berjaya melunaskan sebahagian besar hutangnya.
Projek hartanah 1MDB seperti TRX berjalan dengan lancar dan baru2 ini bank antarabangsa HSBC bersetuju melabur RM1 bilion di sini. Manakala projek Bandar Malaysia juga telah meningkat nilai pasarannya dan terdapat syarikat yang berminat melabur RM40 bilion di dalam projek ini.
Justeru, Tan Sri Muhyiddin tidak layak untuk membuat apa-apa komen terhadap Perdana Menteri dalam isu kenyataan DOJ yang terbaru ini.
Saya berkata sedemikian sebab wujud pendapat yang mengatakan bahawa dokumen DOJ tersebut dikarang oleh orang Malaysia. Ini semua *komplot* nak jatuhkan Perdana Menteri sama saperti 'Rome Summit' yang saya pernah membongkar pada May 2015.
Dato' Puad Zarkashi juga menyarankan agar Muhyiddin terlebih dahulu perlu menjawab soalan yang ditimbulkan mengenai skandal Nika Ghee yang sudah setahun terbongkar.

Muhyiddin juga disarankan agar terlebih dahulu isytihar kekayaan kaum keluarga sebelum mahu berlagak seperti seorang yang bermoral tinggi. Jangan jadi seorang munafik sebab semua orang tahu sangat siapa Tan Sri sebenarnya. Maka sebab itulah Pakatan Harapan pun menolak Tan Sri Muhyiddin, jelas Puad Zarkashi.

Kita juga ingin tahu, siapakah dalang yang amat jahat menggunapakai agensi luar negeri untuk memburuk-burukkan Najib Razak dan kerajaan yang sah ini. Kita mahu tahu daripada pihak DOJ sendiri supaya kita dapat mengadili individu-individu yang berniat jahat ini.

Penulis juga ingin menyarankan Muhyiddin Yassin supaya menjawab kenyataan beliau sebelum ini. Beliau berkata orang Melayu yang bersekongkol dengan DAP adalah PENGKHIANAT BANGSA dan DAP hanya mahukan si Melayu menjadi kuda tunggangan yang kerjanya menjaga kepentingan parti cauvinis itu sahaja.

Muhyiddin juga meminta orang Melayu berwaspada jangan sampai terpedaya dengan muslihat jahat DAP, yang disifatkan parti PALING RASIS.

Baca artikel ini : http://novandri.blogspot.com/2017/06/foto-viral-apakah-yang-bermain-dalam.html


SHARE ARTICLE :

78 comments:

  1. Pembangkang mmg kerja depa menabur fitnah jadi penghasut !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Saya nak nasihatkan kepada DOJ, kalau mereka mempunyai bukti-bukti yang kukuh, dakwalah. Jangan membuat kenyataan demi kenyataan tanpa mengambil tindakan. Bila mereka itu didakwa, maka mereka berpeluang untuk membela diri masing-masing.

      “Tetapi jika hanya dengan kenyataan demi kenyataan namun tidak ada sebarang tindakan yang dibuat, kredibiliti DOJ itu sendiri kita boleh pertikaikan. Jadi saya lihat kenyataan DOJ bukan baru sekarang ini baru timbul, sebelum ini pihak mereka pernah keluarkan kenyataan seperti ini juga.

      “Jadi saya nak beritahu mereka, jika betul-betul mereka punyai bukti yang kukuh tentang hal ini, dakwa individu-individu tersebut, ambil tindakan. Inilah keadilan kerana mereka yang didakwa itu boleh menjawab dan membersihkan nama masing-masing,” jelas Hishammuddin Hussein.

      Delete
    2. The only dalang here is you inbred fuckers who defend corruption for dumno. Surely you will get you karma.

      Delete
  2. BAYAR 5 JUTA USD KEPADA YAYASAN CLINTON UNTUK PENGARUHI DOJ?

    Jika dakwaan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad sanggup membayar USD 5 juta kepada Yayasan Clinton semata-mata untuk tujuan dan agenda politiknya; iaitu supaya DoJ membuat pengumuman berkenaan 1MDB adalah benar, ia merupakan satu pengkhianatan dan jenayah berat kepada negara.

    Mungkin jika dibandingkan dengan kekayaan anak-anak beliau yang diperolehi semasa zaman pentadbirannya, USD 5 juta itu adalah jumlah yang kecil, tetapi saya masih sangsi daripada sumber manakah beliau mendapatkan duit tersebut, adakah dengan duit anak-anaknya atau pun duit beliau sendiri hasil yang dikumpul sendiri semasa beliau mentadbir yang dikatakan sangat ‘bersih’ ataupun duit parti baharu beliau.

    Adakah ahli dan penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) rasakan tindakannya memberikan USD 5 juta kepada Yayasan Clinton, satu yayasan luar yang tiada kepentingan adalah tindakan yang adil buat mereka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cegah kemungkaran tak gitu

      Delete
  3. 100 dakwaan (contoh)...semua fitnah?? hahaha...hebat. Kerajaan putih bersih suci dalam debu ala2 pemerintahan khalifah umar al-khattab dan umar Abdul Aziz.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...semua fitnah

      Delete
    2. Khalifah umar abdul aziz... itu moto lim guan eng..

      Delete
    3. NOPANDI..
      Moto Kepa hangguk kau...pulang balik duit sudah lah

      Delete
    4. Pulang balik kat sapa? Duit sapa yg hilang?.. 1mdb kata duit dia xhilang,.. madey kot kena pulangkn duit sbb raja segala penyamun adlh madey + ank3 + kroni3...

      Delete
  4. Suruh je bik mama pulangkan je abis cerita tak payah pusing3 tiru macam dekapelior yg bagi balik

    ReplyDelete
  5. bukti teperinci terutama tentang berlian...tarikh...pereka...tuan punya...ko kata dalang...memang puak latnatullah...jadi kayu bakar di neraka jahanam nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sudahla novandri..ini kes jenayah..bukan kes politik...kes jenayah yg memungkinkan pelaku masuk keneraka nanti...berpada2lah ko dlm kes ini...nanti ko turut bersubahat dan melakukan dosa jenayah ini kerana dok promosi dan penafian jenayah...nanti ko sama keneraka nanti...

      Delete
    2. Hello kawan....kamu tak faham kes. Elok tak payah buat komen bodoh kat sini...

      memang kamu dah diperbodohkan

      Delete
    3. Simpan bodoh ko sikit 5:22 !

      Delete
    4. Hehehe..bardap5:22...
      berpada2lah ko dlm kes ini...nanti ko turut bersubahat dan melakukan dosa memfitnah ini kerana dok promosi fitnah...haha

      Delete
  6. DOJ ni memang sial....mata duitan.

    Ada orang bagi duit dan suruh buat ini dan itu, dia buat.

    Yg bagi duit tu pun memang lembu dan DOJ pun sama lembu.

    Lembu kat Malayisa yg bagi duit tu perlu dilucut kewarganegaraan Malaysia dan suruh dia pergi ke US duduk kat sana...

    ReplyDelete
  7. DoJ adalah salah satu instrument rejim zionis untuk menghancurkannegar-negara Islam seperti yang berlaku di Arab Teluk sekarang ini.. kerumitan yang rakyat mereka sendiri pun tak tahu nak selesaikan..

    sama macam kes di Malaysia.. kes tak wujud.. jenayah tiada..tp imdb di rekayasa dengan pukulan proganda yang mahadahsyat oleh mahazalim untuk mendoktrinkan minda rakyat apa yg dituduh itu benar

    jadi akan berlaku kacau bilau bila yg dituduh tak bersalah tapi mahu diheret dan dihukum.. sudah tentu akan timbuk konflik.

    Konflik mcm ini lah yang akan hancurkan perpaduan umat Islam dan akhirnya kita semua lemah. Lainlah Mader dia kaya raya boleh lari ke Kerala atau Australia..



    ReplyDelete
    Replies
    1. sudahla....puak2 latnatullah..

      Delete
    2. Usaha beberapa menteri kabinet cuba mempertikaikan tindakan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung saman sivil membabitkan 1MDB menunjukkan bahawa pelakon Hollywood lebih memandang serius perkara itu, kata seorang wakil rakyat PKR.

      ADUN Hutan Melintang, S Kesavan berkata, ini dapat dilihat apabila bintang Hollywood, Leonardo DiCaprio sanggup menyerahkan hadiah jutaan dolar yang diterima daripada individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, setelah mereka disenaraikan dalam tuntutan mahkamah oleh DOJ.

      Delete
    3. kapiaq pun lebih mulia....tau halai haram...

      Delete
    4. Pelakon Hollywood di kawal oleh yahudi freemason jadi kalau siapa tak ikut cakap yahudi dia akan tangkap masuk ke dalam hospital gila, lihat apa jadi pada kety perry,meliy cyrus dan kanye west semua masuk dalam hospital gila sebab tak ikut cakap yahudi.
      Leonardo DiCaprio Tak nak dia tangkap kemudian dimasukan ke dalam hospital gila ada faham tak ,jadi dia kena ikut cakap yahudi

      Delete
    5. Astaghfirullahaladzim.. ko ckp kafir lebih mulia sedangkan dlm Al-Quran Allah SWT sudah nyatakan kemuliaan org Muslim itu mengatasi kafir. Kafir dengan dakyah mereka apakah telah minum holly water atau beer? fikiran rosak!

      Delete
    6. Adakah orang islam yg mencuri dan merompak lebih mulia dari kapir yg jujur ni? Benar orang muslim itu lebih mulia dari orang kapir jika kedua2nya sama2 jujur..

      Delete
  8. Asal Doj bercakap fasal 1MDB dan MO1, tak lain dan tak bukan ianya fitnah dari Pakatoon dan PH. Tapi tak sangka ye DoJ dari negara besar yg jadi polis dunia ini tewas dengan rasuah Pakatan. Kah kah kah....agak2 berapa besar rasuahnya tu ye? Adakah sebesar kos membina menara kembar Petronas?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut yg aku baca, Syed Sadik kata di bayar USD5 milion kepada Clinton Foundation yg seterusnya mengait kepada DoJ.

      Delete
    2. Umno masih duduk di dalam tempurung penafian. Sebagai PM yang bertanggungjawab, kenapa tak berani buka mulut nafikan penglibatan Jho Low dan Riza Aziz dalam penyonglapan 1MDB?

      Delete
    3. Anon 928, kau yg tidur kot. Najib dah jawab melalui penyiasatan intensive oleh pelbagai pihak termasuk SPRM yg nyatanya tak de bukti penglibatan mereka berdua dan 1MDB tak de hilang duit. Tindakan ini lagi berkesan dan meyakinkan dari setakat buka mulut menafikan.

      Delete
    4. Yg duduk bawah tempurung selepas menyamun selama 22 tahun dan tak berani saman satu habuk pun media atau sesiapa melainkan jadikan ISA perkakas tangkap org.. itu apa macam bro??


      Siapa ye?? 22 tahun menyamun.. lepas tu dia nak control atur kepimpinan negara ikut telunjuk kakinya.. tak ikut je maka tilam diusung.. mata lebam ditumbuk (Nuar), menantu dituduh hantu..geng tingkat 4 (Pak Lah), dan derma Arab dikatakan curi duit..arab gila (Najib)

      waras adil lah sikit kalo taksub jadi macai pakatonn pun..

      Delete
  9. Malang buat UMNO bila mempunyai penjenayah tersohor sebagai presiden. Selama mana UMNO sanggup mendokong biawak hidup ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 22 tahun lepas yelah. Tapi sekarang tak lagi. Penyamun tersohor tu dah berhijran kepada PH. Kau tak tahu ke?

      Delete
    2. Berani die kutuk si tua Penyamun tersohor tu.. 22 tahun menyamun secara terhormat den berlesen... jadi presiden umno dipaksa ahli2 ikut semua kehendaknya..jgn persoal.. masuk lembaga displin.. lawan lagi masuk ISA.. mau tau le!

      Delete
  10. UMNO memang tak pernah kenal erti malu. Dah buat jenayah tapi masih berbangga dan rasa masih ada maruah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam masih membela negara, agama & bangsa tapi rupanya merekalah yang memalukan begara, agama & bangsa keseluruh dunia.

      Delete
    2. UMNO sekarang dah lebih bersih dari dahulu kerana mereka yg kotor dan yg tak tahu malu seperti kata kamu tu anon 118, dah lari masuk PH. Dan yg masuk PH inilah yg amat memalukan negara agama dan bangsa hai anon 530 kerana suka memfitnah dan merasuah DoJ. Kamu suruhlah mereka tu bertaubat ye...jngn dok nak dengki orang je kerjanya.

      Delete
  11. Dokumen bank akaun peribadi najib dan laporan siasatan sprm sebelum pengurusan baru yg dilantik najib itu bukan bukti lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mader pun ada akaun bank.. aku pun ada akaun bank.. so kat mana jenayah akaun bank atas nama Najib RHB Islamic tu?

      Jika duit masuk 1trillion dalam akaun seseorng.. undang2 mana akan sabitkan sebagai jenayah??

      nickname bukan maian as-siddiq.. tp PENIPU. lebih jahat dari org kafir. taktik macai Mader.

      Delete
  12. Dokumen bank akaun peribadi najib dan laporan siasatan sprm sebelum pengurusan baru yg dilantik najib itu bukan bukti lah ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau ada bukti yg ori ke? Kalau ada kau bagilah pada SPRM. Kalau tidak tak payahlan nak cakap banyak ye.

      Delete
  13. Bila pulak dewa kerala Pakatoon, si Mader nak saman RPK dan sumbernya menuduh Mader merasuah USD5million kepada Yayasan Clinton dalam mempengaruhi DoJ fail saman civil pada Jho Low (kali ini takutnya mereka nama MO1 pun sudah tiada!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apo ko jadah eai nak rasuah Clinton tu ...dio bukan president US ....klontit ado la...RPK ni ado maruah ko laie..makan koliling...kek mano dodak lobih kek situ dio sombah...

      Delete
  14. patutlah tanah melayu ini selalu dijajah oleh bangsa asing..sikap melayu amat mengecewakan apabila lemah dan hanya melihat tanpa berbuat apa2 bila pemimpin sendiri mencuri dan menipu. fikirkanlah masa depan anak cucu, sedih sy melihat malaysia yg gah namanya sebelum ini kini telah dirosakkan rosmah puaka dan najib lembik. menghairankan lagi masih ada melayu yang menyokong, kebebalan apakah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bengap ke apa ko ni....

      Delete
    2. ko merujuk kepada 22 tahun kita biarkan penyangak sebenar bermaharajalela tanpa diambil tindakan tu ke?

      lebih menghairankan cakap pasal dijajah.. ketua penyangak 22 tahun pergi sembah kuasa kepada amarika doj campur tangan itu apa kejadahnya macai??

      makin tersepit menipu semakin terbelit sendiri..

      yg menghairankan macam mana seorang penyangak yang telah berkali2 terlibat dengan skandal, sehingga 100billion wang negara lesa begitu sahaja main judi forex.. tp makhluk ini boleh dicalonkan pula sebagai bakal pm pakatan??

      what da hell?

      Delete
    3. Betul tu, selalu sanggup jadi barua tanpa memikirkan apa yang pemimpin mereka buat.

      Delete
  15. Dok tunggu juga, kot-kot isteri MO1 nak buat pengakuan bahawa dia tak beli berlian tu. Atau ada barua-barua UMNO yang berani tampil kehadapan, menidakkan pembelian tersebut.
    Peliknya pemikiran orang UMNO. Apa maksud artikel Novandri ni? Kenapa dalang pula jadi masalah. Bukankah masalahnya terletak kepada asset-asset yang didakwa oleh DOJ. Tak dengar pula, ada pemiliknya yang berani buka mulut.
    Jenayah dan politik perlulah dibezakan, sebabnya disitulah terletak maruah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya pengakuan tak perlu kot sebab tak de kena mengena dengan siapa2. Doj tak sebut nama. Siapa MO1? tak de sesiapa orang bernama MO1. Jangan nak memandai-memandai canonkan kat orang pulak.

      Delete
    2. MO1 tu bapak aku...hehehe

      Delete
    3. Perompak nak mengaku ke kalau orang tuduh dia merompak?

      Delete
  16. Otak UMNO memang kat lutut. Bukan jenayah yang jadi isu, tapi dalangnya pula yang jadi isu. Bodoh nak mampos.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kamu ni lagilah bengap. DoJ kata ia isu civil bukan jenayah. Dalangnya itulah penjenayahnya kerana memfitnah.

      Delete
  17. Dalang 1MDB tak mau cerita ke? Macam sial saja dok asyik perbodohkan orang. Hebatnya ada orang Malaysia boleh jadi dalang dalam DOJ. Mengaku ada title Dr, tapi otak mengalahkan orang tak berpelajaran.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cerita dalang yg memfitnah 1MDB ni kan dah 2 tahun lepas. Dah banyak ceritanya bahawa dalangnya ialah mantan PM 22 tahun dan gang ANC serta DAP. Kau ni ketingalan zaman.

      Delete
  18. Raja segala penyamun madey + raja liwat bergabung kembali... mmg mantoop.. dlm hati tau2 ja lah... masing2 mbenci lebih drpd bnci pada najib...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak lg mantoop bgabung lah dgn president parti bebas rasuah.. ezam mohd noor...

      Delete
  19. Punyalah bodoh puak UMNO, orang cerita pasal 1MDB punya duit yang disonglap. Depa pun sibuk tarik orang cerita pasal orang lain pulak. Semua tu orang UMNO juga waktu tu walaupun depa taklah secalar Najib. Cukup-cukuplah perbodohkan orang. Menteri UMNO pun dah dok diam saja. Sebab bila bukti dah jadi spesifik, terlebih cakap akan kena balik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang lg bodoh... klu barang juta2 mesti ada resit, kedai, tempat buat.. doj xbgtau pon.. beli megi pun ada resit...

      Delete
    2. Stakat dpt 5 bilion pastu buat knyataan atas angin cmtu... baik bg kat aku... yahudi + kristian tu anti Islam... xreti2 bodoh... klu barang mahal byk benda @ proses dia.. mesti melibatkn ramai org, sbb kualiti dia tu... takut tiruan habis la... bodoh tahap gila babi...

      Delete
    3. Anon 4:21. Apa yang ko merapu ni? Bacalah report DOJ tu, lengkaplah semua butiran dah pun. Ko nak cuba perbodohkan orang pun patut-patutlah. Zaman jepun dulu bolehlah orang tak cukup maklumat. Radio pun kena sorok-sorok. Zaman ni, nak menipu pun, kena berpada-pada juga.

      Delete
    4. Ko dh baca report DOJ tu lengkap sampai mukasusart berapa?
      Kalau dah ada bukti mana dia dokumen semua tu?
      Kenapa tak berani namakan mo1?
      Bila fbi nak tangkap penama dalam report tu?

      kenapa sampai versi ke3 wayang ni belum tangkap penama?

      bepe juta rasuah usd rasuah ditambah utk melobi kes ini sampai kali ke3?

      agak2 rakyat percaya ke dengan wayang tamil Madeer? dia beria2 suruh pulangkan wang.. wang siapa? dia boleh sahkan itu wang siapa?

      Polis dan FBI pun tak kisah pun..apehal ko menggelupor dengan Madeer melebih2?

      nampaklah ini semua wayang nak bohong rakyat..

      PRU14 Insya Allah rakyat akan tolak pakaton. UMNO BN kekal berkuasa majoriti besar.amiin

      Delete
    5. Anon 4:37. Macam bagus saja, siap nak tahu mukasurat berapa. Macam dia hafal semua lapuran tu. Dalam UMNO bolehlah dok kelentong orang. Kat luar UMNO, nampak serupa orang bodoh berlagak pandai saja. Dah diterang secara terperinci pun, masih dok buat-buat bodoh lagi.

      Delete
    6. Apa bodoh sangat kamu ni 458? Nak tegak benang basah lagi? Pakatoon tu dah jelas memfitnah Najib/1MDB melalui DoJ yg dirasuah USD5 milion tu. Yg cakap puak Pakatoon sendiri, bukan orang lain.

      Delete
  20. PM1 madey, PM2 nuar brehim, PM3 lim kit siang, PM4 jidin pagoh, PM5 mat sabu, PM6 azim ali, PM7 ezam mohd noor.... TPM mak lampir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik dari lantik penjenayah terkenal satu dunia sebagai PM. Memalukan saja. Pastinya satu dunia ingat rakyat malaysia masih duduk dalam hutan sebab senang sangat ditipu hidup-hidup oleh pemimpin dan blogger upahan seperti Novandri ni.

      Delete
    2. 431pm

      Ulang ulang ulang ulang ulang hasutan...teknik hasutan kadet redbin kapir laknatullah.

      Delete
    3. PM dan TPM atas kertas. Yg dalam dewan sebenar tetap dari UMNO juga.

      Delete
  21. Pakatan Syaitan gila kuasa.. dalam otak mereka hanya fikir jawatan merebut jawatan. Rakyat sudha muak dengan permaian pakatoon.

    Tambahan pulak raja segala penyamun berazam mahu naik takhta semuka semula setelah 22 tahun menyamun.

    Cacamarba jadinya Malaya jadinya oleh kerala jadian punya pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak perbodohkan orang pun kenalah cerdik sikit. Apa isu 22 tahun tu?? Andaikata ada isu pun, ianya tetap isu UMNO.
      Jadilah cerdik sikit, kita patut risau pasal isu semasa kat UMNO. Jangan lagi 30 tahun baru nak salahkan pemimpin terdahulu pulak. Nampak bodoh sangatlah.

      Delete
    2. Satu dunia boleh baca lapuran bagaimana PM dan konconya menyonglap. Kita pula masih dok cari alasan macamana nak menafikan. Kalau tak boleh nak nafikan, kita samakan dengan pemimpin terdahulu pulak. Bila kita boleh salahkan pemimpin terdahulu, jadi tak salah pemimpin sekarang buat juga.
      Begitu rendah tahap pemikiran orang UMNO.

      Delete
    3. Nak tulis mo1 adalah najib pun xmampu... ckp byk... nuar brehim siap buat aksi cucuk2 lg + saksi sumpah laknat lg.. pun xpercaya... doj buat knyataan atas angin percaya plk... pakatoon2... penting ank2 kaya raya...

      Delete
    4. Anon 446. Yg buat salah laku tu orang bukan parti. Jadi yg 22 tahun tu ialah mantan PM. Salah lakunya banyak sekali. Dah jadi mantan buat u turn dan sambung lagi salah lakunya. PM sekarang terpaksa mencari jalan supaya kesan buruk salah laku itu dapat diatasi, walaupun sukar kerana dah jadi barah.

      Delete
  22. Doj nak tulis mo1 pun xblh.. kita sama2 islam nak bgaduh ... bodoh tahap syaitan... suruh doj tulis biar kena atas batang hidung siap buh no.ic... buh bukti2 konkrik... nak pcaya pon agak2 la... doj tu syaitan buat knyataan atas angin... kita yg islam nie plk bgaduh... bodoh2... kita yg islam nie jgak kata mo1 tu najib pastu bgaduh nga team najib... bodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang kepala menghasut di Tanah Melayu ni pun adalah geng2 kapir laknat dapigs dan baruah2 murtad....bersekongkol dgn agenda kapir/yahudi luar negara.

      Delete
  23. Tu laah yg kali jgan jadk pondan..warywan tanya jawab jgn lari.kesian ahli umnob cuba nk bantu tapi tkda point..tak habid madey tu la madey ni la..tuan president buat bodo jer...macamnila ahli umno ooii koramg suruh la doj tu pulangkan balik harta jhlow yg kena rampas tu kalau betul tk salah...yg korang sebuk pertahankan apek tu apahal? Ada apa2 kot ni? Muskil gak

    ReplyDelete
  24. Blog ni sokong penyamun .penyamun yg buat rumah flat 5oo ribi..pnyamun ni gak jual tanah kt cina..yg dia tipu ahli umno gak yg nyata dh kena beli..meh kita tngok pru ni penyokong lanon lwan psnyokong tun..org felda bole la tipu

    ReplyDelete
  25. RCI kerugian BNM 30 tahun lalu? Apa punya bodoh tahap pemikiran UMNO. Itu saja ka isu yang boleh jumpa? Isu 1MDB bukan setakat isu kerugian saja tapi penyonglapan, salahguna kuasa, rasuah, pengubahan wang haram, dah bertahun bukan nak disiasat tapi sekadar nak ditutup. UMNO oh UMNO, kalau kalah memang sendiri yang cari masalah. Parti hancur hanya kerana seorang individu tamak.

    ReplyDelete
  26. DOJ siasat isu IMDB kerana urusan manipulasi wang tue berlaku di negara mereka.dah DOJ bebas dari sebarang kawalan malah mereka kini sedang menyiasat presiden Trump(kenapa trump sendiri x rasuah DOJ)..terbukti dari siasatan mereka terlibat beberapa nama yg berkait rapat dengan MO1.

    ReplyDelete

ARTIKEL TOP MINGGU INI.